Thursday, May 30, 2013

Tempoyak Goreng Sotong

Assalammualaikum..
Entry masakkan je laa ye ari ni, kemalasan nak update citer yang actually banyak je citer yang bole masuk entry tapi kemalasan nak mengolah here and there, so citer pendeknya entry masakan jaa laa no... zass menu campak yang alhamdulliah menjadi kekeke...
Tempoyak Goreng Sotong
Bahan2 kisar
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
6 biji cili padi (nak lagi pedas sila tambah ye)
1 inci kunyit hidup

Bahan2 lain
2-3 ekor sotong (size sederhana <> sejengkal setengah gitu)
1 bekas tempoyak (size bekas tau fu fah)
1 batang serai (diketuk)
5 sudu besar minyak masak
1 1/2 cawan air (bergantung kepada kepekatan kuah yang uols nak k)
1 helai daun kunyit (dipotong2)
1 biji tomato (dibelah 6)
1 batang celery (dipotong)

Cara2nya.
1. Tumis bahan kisar sehingga wangi, masukkan serai + daun limau purut.
2. Kemudian masukkan sotong dan masak sehingga separuh masak, kemudian masukkan tempoyak dan kacau rata.
3.  Apabila tempoyak dan sotong telah sebati masukkan air sedikit demi sedikit hingga kepekatan kuah yang diingini. Masukkan daun kunyit dan tomato serta perasakan garam dan kacau hingga masak.

Sangat sedap dimakan dengan nasi panas uols, tak tipu seyes sedap ooooo.. selamat mencuba..

2 comments:

E'in said...

nmpk sedap sgt nie.. tp kite xmkn tempoyak... huhu

Naqies said...

confirmed sedap, bila dah buat goreng tak terasa sgt ketempoyakkannye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink