Assalammualikum
Entry last week sepatutnya tapi tu lah masa sangat mencemburui sangat2. Last week (19/05/2013) telah berlangsungnya kelas memasak bagi ibu2 mengandung dan peserta yang merancang untuk hamil dianjurkan MUIP dengan kerjasama Fonterra dan Kolej Komuniti Kuantan.
2 sesi kelas dijalankan iaitu pagi dan petang dengan peserta antara 15 - 20 orang. Qies juz menyibukkan diri menemani Cik Abe yang meng'assist' sesi minggu tu dan yang best setiap peserta diberikan goodies bag, Qies pun dapat seketul hehe..
|
pendaftaran melayakkan peserta mendapat goodies bag yaa |
|
demo oleh Chef Colin |
|
para peserta sibuk membuat menu pertama |
|
sesi membuat muffin |
|
sesi membuat pancake |
Chef Colin yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur oleh Fonterra, so menu hari tu Chocolate Banana Muffin with Almond Streusel Topping dan Bentong Ginger and Manggo Pancake...Kebanyakkan bahan yang digunakan disumbangkan oleh Fonterra antaranya susu Annum perisa manggo dan produk Anchor. Next entry Qies tepek resepi tuk this 2 menu hokey.. tungguuuuuuu.....
|
Bentong Ginger and Manggo Pancake & Chocolate Banana Muffin with Almond Streusel Topping |
|
Fonterra staff, Cik Abe, Chef Colin |
|
goodies bag dari MUIP |
Suka sangat ngan goodies bag dari MUIP ni sebab 1 warna purple dan satu lagi pattern ala2 beg Longchamp gitue kekeke bole laa buat beg lenjang.. Dalam goodies bag tu ada apron, susu annum, softlan comfort, baby rash cream, pen dan pampers tuk new born...
p/s : takdir Allah siapa menduga, kalau tak minggu ni Qies dalam tempoh berpantang, entry kat SINI, tapi DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami sekeluarga.. Al-Fatihah buat arwah Muhammad Haiqal, tenang lah disana duhai anakku..
No comments:
Post a Comment