Monday, November 22, 2010

Masak Tempoyak Daun Kayu

Yeah kali ni kembali ngan entry pasal makanan...har har har...puashati buat sendiri bole makan sampai lebam, tu laa pasal tak leh duk negara orang lelama...bole kurus kering jadinye...huhu...

Yuk layan masak tempoyak daun kayu berpetai....sampai naik berpeluh2 makan pedas seh...

Tempoyak Daun Kayu

Bahan A - tumbuk
1 biji bawang kecil
1 biji bawang putih
½ inci kunyit hidup
20 biji cili padi

Bahan B
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
Secekak pucuk ubi (dihiris)
Pucuk cabang tiga (dihiris)
1 batang serai (dihiris)
2 papan petai
200 ml santan pekat
60 ml air
3 sudu makan tempoyak
Segengam ikan bilis

Cara-caranye

1. Masukkan santan pekat + air + bahan A + ikan bilis & tempoyak didalam kuali, masak ngan api yang sederhana.

2. Apabila mendidih masukkan bahan B dan kacau hingga sebati (hendaklah selalu kacau untuk mengelakkan dari pecah santan).

3. Perasakan garam dan masak sehingga kuah hampir pekat, tutup api dan sedia tuk dihidangkan.

Tempoyak Daun Kayu ni tangkap leleh kalo makan ngan nasi panas2 lawan lak ngan ikan masin perah limau perghhh melatup2 weh...

Selamat terliur.....slurpppppp....

p/s : korang bole gunakan segala jenis pucuk2 ulam termasuk gak pucuk paku dan pegaga, hasilnya tetap marbeles...

2 comments:

Cik Kamoo said...

Tuan rumah! Salam...

Senang hatinya tgk blog nie...menarik

anakmuo said...

haiiii.... lama tak jenguk akak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink