Sunday, November 25, 2012

Ayam Masak Bawang

Assalammualaikum
Yaa sudah balik bercuti2 Hong Kong, puas dah jumpa Mr. & Mrs Mickey, now back to routine laa kerja dan kerja huhuhu..

Al-kisah semalam rumah diterjah oleh geng terjah bersempena karnival Jom Heboh di kontan, cam biasa Acik Mie akan singgah ke rumah, so disebabkan baru balik bercuti, stok dapur pun belum sempat nak beli jadinye masak menu paling ringkas je laa... So Qies masak ayam masak bawang disamping kerabu epal n sup tulang aje.. Jom layan resepi tangkap muat ni..
Ayam Masak Bawang
Bahan2nya
1 ekor ayam (dipotong 16 dan digoreng separuh masak)
3-5 sudu besar kicap lemak manis
3-5 sudu besar madu
sedikit air dan garam

Bahan2 kisar
8-9 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 batang serai
5 biji cili api (nak lagi pedas tambah laa lg yaa)

Cara2nya
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing, koyakkan daun limau purut.
2. Masukkan kicap + madu dan rasa bahan tumisan tu, jika terasa pedau bawang tambahkan lagi kicap + madu sehingga rasa tumisan tadi seimbang.
3. Masukkan air + ayam goreng tadi dan kacau sebati, kacau sehingga ayam masak.

Jika suka bole dimasukkan kacang peas dan celerary..

selamat mencuba...nom ...nom...nom..

Friday, November 16, 2012

Jalan-jalan Cari Pasal Cuti Sekolah

Assalammualaikum
salah satu tempat wajib pergi
Cuti sekolah dah bermula, tahun ni Alhamdulliah kami sekeluarga bercuti ke Hong Kong 6 hari bermula 14hb - 20hb November 2012. Kepada yang baru nak pergi bercuti tu, berhati-hati dan semoga selamat pergi dan pulang. Hingga jumpa lagi...tata...

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah

Assalammualaikum
ehsan google picture
Selamat menyambut tahun baru 1434, moga di tahun baru ini, Allah s.w.t memberikan keamanan dan keharmonian kepada negara kita Malaysia, dilindungi dari malapetaka, dilimpahi rezeki dan diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik. Bersatu teguh, bercerai kita roboh...

Agar tahun 1434 kita menjadi anak/ibu bapa/rakan dan umat yang lebih baik dari tahun sebelumnya, Insyallah

Tuesday, November 13, 2012

Selamat Hari Deepavali

gambah ihsan google
Happy Diwali @ Pesta Cahay buat semua penganut beragama Hindu....

p/s : sudah mood bercuti2, sempena cuti sekolah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink