Friday, March 15, 2013

Bubur Nasi & Ikan Bilis Goreng Asam...

Assalammualaikum...
Salam Jumaat, penghulu segala hari, moga mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Entry hari ni sekadar menyapu habuk diblog, sedang sedaya upaya menghadpet sekerap yang mungkin, camnelaa ada org yang bole update blog setiap hari dan setiap jam (fuhh mmg respect laaa)... 

Duk pikir2 nak makan apa tengahari ni tetiba tertengok gambar bubur nasi aka nasi air bak kata orang2 belah timur ni, dapat makan bubur nasi tengahari ni musti best huhu.. tapi buat masa ni korang layan resepi je laa okay.. tapi resepi cara ibunda Qies..
Bubur Nasi & Ikan Bilis Goreng Asam
Bubur Nasi
1 - 2 pot beras (dibasuh)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang kecil (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
Garam
Air secukupnya

Cara-caranya.
1. Masukkan kesemua bahan dan masak sehingga menjadi bubur. Jika suka bubur yang berair lebihkan sedikit air. 

Ikan Bilis Goreng Asam
Segengam Ikan Bilis (dibelah & digoreng/toskan minyak)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang kecil (dhiris)
1 1/2 inci halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dipotong2)
1 batang cili hidup (dihiris)
1 cawan air asam jawa (ikut berapa byk kuah yg korang nak k)
Garam

Cara-caranya
1.  Tumiskan bawang putih, bawang kecil dengan sedikit minyak (sikit je tau ngam2 tuk tumis bwg je), sehingga naik bau. 
2. Kemudian masukkan halia dan air asam jawa, kemudian masukkan potongan bawang besar, cili hidup, garam dan last sekali masukkan ikan bilis, kacau dan balik2kan then terus tutup api. (tak perlu lama nanti ikan bilis tak ranggup)
*elok dihidangkan ketika hampir nak makan ketika ikan bilis masih ranggup


Menu bubur nasi & ikan bilis goreng asam ni biasa mak masak bila kami demam, maklum laa bila demam semuanya rasa tawar ditekak, jadinya bila mak buat menu ni confirm kami2 yang demam ni berselera sikit makan kekadang tu sampai 2 mangkuk kekeke...selain sesuai tuk orang demam, masak asam ni sesuai gak tuk orang dalam pantang...untuk membuang angin..

Qies kalo malas sangat nak meremeh temeh didapur, haa menu ni laa yang paling senang, 2 pot confirmed licin kekeke...

p/s : ada orang biasa masak bubur nasi tanak gitu2 aje tanpa bwg putih, bwg kecil & halia, pada Qies bubur gini tak berasa langsung walaupun dilawankan makan ngan sup ataupun sambal. tapi kalo bubur cara mak Qies makan kosong je pun dah sedap...(air tangan ibu masak laa apa2 pun sedap...kan kan kan..) MODE terus LAPAR!!!!!

Saturday, March 9, 2013

Hotel Hard Rock Macau

Assalammualaikum...
Entry kali ni nak kongsi2 cerita pasal hotel2 yang pernah Qies book, ala2 entry Hotel Review laa gitu, walaupun Qies memang tak reti sesangat nak bagi review tapi Qies tulis based pada apa yang Qies tengok, experience sendiri so kira lebih kurang halal laa ye... sekadar memberi gambaran sebab kekadang review dari internet ada yang indah khabar dari rupakan.. atleast kat sini bole korang tengok dan nilaikan sendiri, walaupun hakikatnye Ai bukan dapat komisen pun!!..tapi sepatah kata omputeh, sharing is caring...
Hard Rock Hotel Macau
Untuk 1st entry hotel ni Qies nak cerita pasal Hotel Hard Rock - Macau, Qies stay sini last year 14 November 2012 masa trip jimba2 bersama geng kaki rempit selama 6H5M, iaitu 1 malam di Macau dan 4 malam di Hong Kong...
door key & our room
Welcome message lagi hokey..
Double Queen Room
curlast tu pillow case bersulam gitar tu..
Bathroom (bath tub)
tengok aje laa kan.. haram diminum daa
book je direct dari website diaorg 
HHR Macau ni tak payah cakap banyak laa kan of course laa sangat2 selesa, Qies aritu buat booking direct ngan website HHRM ni klik sini tuk semalam charge dia MOP1,307.30 (Rm510), ada safe box, ada mini bar dan Wifi.  Check in : 3.00pm and Check out : 11 am. Booking guna kad kedit yaa uols... Oh ya, aritu Qies buat early booking dapat 15% diskaun, so sila buat booking awal tuk dapat bilik yang murah k...

Qies stay sini sebab the next day nak pergi ke Hong Kong, so dari HHRM ni kita orang amik shuttle bus Venetian Hotel seberang jalan je tapi shuttle bus (ke terminal ferry macau) terletak di main lobby venetian hotel k bukan lobby yang menghadap HHRM tu lak tu shuttle ke epot macau je, so jimat dah tak perlu naik teksi untuk ke Terminal Ferry Macau..

Info :
* Tiket ferry ke Hong Kong MOP140 one way (Adult), tuk budak tak ingat lak tp rasanye 1/2 price je.

* Kalau nak ke Fisherman Wraft dari Venetian Hotel amik je Shuttle Bus Venetian turun kat Hotel Sands pastu lintas je jalan ke theme park Fisherman Wraft, kat sini leh laa korang posing sakan ala2 cam kat obersi ada mini landmark colosseum, Amsterdam Buildings, Cape Town & Miami town.. bergamba sampai lebam okay hehe..

Friday, March 8, 2013

Selepas "Plastic Surgery"

Assalammualaikum...
Alhamdulliah, semalam selamat sudah berPS, seperti dunia baru gitu, walaupun dalam keterpaksaan terkorban RM, tapi Qies sangat2 berpuashati, hasil kerja yang sangat kemas dan pantas... comey lote laa resultnya...

sebelum PS entry lepas

selepas PS
cun dah...yeahaaa..
Walaupun kerugian RM akibat tindakan Si Mental yang terlebih kreatif, ada hikmah disebalik kejadian iaitu dapat CAT BARU nan hado sangat baru kuar tak sampai 2 bulan tau huhu statement penyedap hati hehehe... tokey kedai tu siap antor pi basuh lagi keta without extra charges hehe...

Thursday, March 7, 2013

Renung2kan Dan Selamat Beramal...

Assalammualaikum...
Tertarik dengan satu ayat motivasi dari Prof Dr Muhaya, simple tapi penuh bermakna.  Qies suka sangat dengan cara pendekatan Prof Dr Muhaya dalam membina keperibadian dan akhlak seorang muslim, kata-katanya perangsang yang sangat positif.

"Semoga kita buang semua emosi negatif 
dan 
bina kasih sayang dan kesyukuran didalam jiwa"
Sumber dari FB Prof Dr Muhaya
 
Nampak mudah tapi bukan senang nak diamalkan biasa lah fitrah manusia, tapi Insyallah jika kita buat perlahan-lahan, Tuhan akan permudahkan. 

Setiap musibah dilihat dari sudut dan pandangan yang berlainan sekali, kita perlu melihat setiap ujian itu dengan menilai dan menyemak semula diri kita sendiri dulu, amalan kita dan perbuatan kita, bukan dengan melihat salah dan perbuatan orang pada kita. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink