Monday, January 24, 2011

Air Kelapa Muda

* google images

Yum yum...slurp...Air kelapa muda memang sedap kalo diminum waktu panas2 ni kan, tak susah nak cari, merata2 ada dijual. Kata orang air kelapa ni bole dijadikan sebagai penawar tetapi jangan terlebih minum bole jadi racun, so far Qies tak penah dengar lagi keracunan akibat minum air kelapa, tak tau lah dari segi mana yang bole jadi racun tu.

Ari ni Qies nak berkongsi petua dari mak Qies, amalan dia zaman muda remaja dulu hingga laa ke Qies. Dulu2 selalu merungut setiap kali mak suruh basuh muka ngan air kelapa huhu tak suka sbb ada rasa melekit2 sementara nak tunggu air kelapa tu kering kat muka, tapi sekarang bila dah masuk 3 series ni baru laa nampak sangat kesan dari amalan dan paksaan mak, tapi masa meningkat usia remaja pun Qies perasaan muka tak dijamah jerawat sedangkan kengkawan yang lain asyik merungut muka ditumbuhi jerawat dan macam2 lagi masalah kulit.

Air kelapa muda ni selain dibuat minum mak Qies buat basuhan muka, alhamdulliah amalan yang dilakukan sedari dulu sangat bagus tuk mengelakkan muka ditumbuhi jerawat, mencantikkan, menghaluskan kulit dan juga awet muda. Senang aje tak perlu nak jampi2 bagai2 laa, cuma semasa membasuh muka menggunakan air kelapa muda mulakan ngan selawat sebanyak 3 kali dan biarkan air kelapa tu kering sendiri dimuka kemudian barulah dibasuh dengan air biasa. Amalkan membasuh 2- 3 kali seminggu insyallah hasilnya akan nampak bila kita semakin berusia. Jangan pulak ari ni basuh minggu depan nak terus dapat result ye kengkawan...tak pasal2 lak ramai yang ambush Qies kat sini hehe...unless korang amik botox laa voley dapat result dengan pantas walaupun masa cucuk tu amik masa seminggu lebih nak recover dari bengkak sana sini...lagipun membazir oooo mahal tu botox...bole dpt berpuluh biji buah kelapa muda tau...lagi bagus tak de side effect pun...

Selamat mencuba....

p/s : bole tgk tuan punya blog tuk kesan amalan membasuh muka ngan air kelapa hehe...masuk lift tekan sendiri laa pulak hehehe...

Friday, January 14, 2011

Roti Jala & Serawa Durian

Aha..sejak balik asik laa makan2, padan laa dari 40kg udah naik 7kilos..sejak seminggu lepas doyan rumah Abah Tuk luruh, ari2 makan doyan, isinye sedap manis, lemak2 pahit perghh dah laa tu isi tebal lak tu...mmg puashati laaa pagi petang siang malam makan doyan aje....

Ari ni sempat membuat Roti Jala bersama Serawa Durian...yummy

Roti Jala

Bahan2nya
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Air secukupnya
Garam
Serbuk kunyit (utk mewarnakan aduan)

Cara2nya
1. Satukan tepung, telur, air secukupnya, garam dan serbuk kunyit dan gaul sebati dan tapis adunan untuk agar tiada ketulan tepung didalam bancuhan. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat tuk memudahkan kerja2 menjala bancuhan keatas pan.

2. Panaskan pan mulakan menjala bancuhan dengan membuat bulatan besar berbentuk O dan kemudian bulantan o bersambung diatas bulatan O yang besar tadi pastikan setiap bulatan bersambung diantara satu sama lain, apa bila masak lipat kedua2 belah bahagian ke tengah dah terus gulung seperti mengulung popia..

Serawa Durian
Bahan2nya
6-8 ulas durian
1 cawan santan
1/2 @ 3/4 cawan air
1/2 potong Gula Kabung
1 sudu kecil tepung gandum (dibancuh bersama air utk memekatkan kuah)
secubit garam
daun pandan sebagai pewangi

Cara2nya
1. Satukan kesemua bahan kedalam periuk, dan sentiasa dikacau untuk mengelakkan dari pecah santan. Masak sehingga kuah hampir pekat dan sedia untuk dihidangkan sama ada panas atau sejuk bersama roti jala

Selamat mencuba.....Qies makan dulu...

Wednesday, January 12, 2011

Pysllium Husk

Insyallah mulai hari ni Qies akan menambah lagi 3 label dalam blog Qies iaitu Label Kesihatan, Doa & Petua untuk di kongsi bersama kawan2. Diharapkan dengan adanya ruangan baru ni dapat kita bersama2 berkongsi dan memanafaatkan info yang diberikan.

Ok tuk entry yang pertama dibawah Label Kesihatan, Qies nak berkongsi info mengenai PYSLLIUM HUSK. Mungkin ada yang dah tau khasiat dan kegunaan makanan organik ni, bagi yang belum mengetahuinye apa kata meluangkan sedikit masa untuk membaca entry nie...
* pic_google images

Meh kita berkenalan dulu ngan pokoknye..Pysllium adalah serat yang dihasilkan dari biji pokok yang dikenali dengan nama Plantago Ovata yang telah dihancurkan. Plantago Ovata banyak ditemui di kawasan Eropah, Afrika dan juga Asia

Pysllium juga seperti bijirin lain (selain dari gandum dan oat) yang sangat kaya dengan kandungan serat yang mudah larut. Oleh kerana kandungan serat yang tinggi pysllium dapat membantu permasalahan seperti darah tinggi dengan bertindak memelihara kolesterol yang baik serta menjaga pengaliran darah bagi kesihatan badan , kegemukan, sembelit, kencing manis, mengeluarkan sampah sarap (tinja & toksid) yg terkumpul didalam usus dan juga masalah lain berkaitan dengan usus (sangat bagus tuk sapa yang tengah nak berdiet or nak mentenkan badan ahaks)

bijirin pysllium *pic_google images

*pic_google images

Kebaikan Mengambil Makanan Kaya Serat
1. membantu mengurangkan cirit-birit dan menyerap air yang berlebihan yang terkandung didalam usus
2. membantu masalah obesiti kerana mampu memberikan rasa kekenyangan dan selaki gus mengurangkan selera makan.
3. membantu merendahkan kandungan lemak dan paras kolestrol serta mengawal paras gula dalam badan.
4. membantu membersihkan sampah sarap/toksid dalam usus dan memelihara bakteria yang baik tuk kesihatan usus, sekali gus bertindak sebagai pelincir kepada usus dengan memperbaiki laluan pembuangan didalam saluran usus.
5. membantu dalam masalah seperti buasir.
6. Apabila usus besar sihat dan bersih dari toksid dan secara tak langsung pengaliran darah juga lancar/bersih ini akan menyebabkan perubahan pada kesihatan kulit yg bermasalah terutamanya masalah jerawat.

Cara pengambilan
1. Tuk pertama kali cukup sekadar 1 sudu kecil diwaktu pagi sebelum sarapan dan 1 sudu kecil sebelum makan malam.
2. Dibancuh dengan 8oz ml/ segelas air masak atau bole dicampurkan dengan jus limau nipis tanpa gula. Bancuhan hendaklah diminum segera bagi mengelakkan bancuhan menjadi pekat seperti jelly yang akan menyebabkan kesukaran tuk menelan bancuhan.
3. Pastikan meminum air dengan banyak sepanjang pengambilan pysllium bagi membantu proses penyingkiran hasil buangan didalam usus.
4. Bagi minggu2 seterusnya amil 2 sudu kecil petang atau sebelum makan malam.

Elakkan mengambil Pysllium jika anda mempunyai masalah Asma/lelah bagi mengelakkan terkena serangantercekik ketika meminum bancuhan kerana bancuhan berbentuk seperti bancuhan agar2. Jadinya bagi yang tidak ada asma/lelah berhati2 laa jugak ye kalo 8oz air tu tak cukup tambah lagi air dalam bancuhan untuk mencairkan bancuhan setakat yang sesuai dengan tekak korang meneguknye..

lain2 info berkenan Pysllium

Pysllium bole didapati dikedai2 "organic food" dan juga di pasaraya seperti Tesco, Giant & Carefour.

Tuesday, January 11, 2011

Giliran Aqies pulak

Salam semua, harap masih tak terlewat lagi tuk Qies ucapkan Selamat Tahun Baru 2011, semoga tahun ni lebih baik dari taun sebelumnya dan juga agar ditahun baru, jadikan yang pengalaman dan peristiwa yang lepas itu sebagai panduan dan juga peringatan untuk kita menempuhi tahun baru dengan lebih tabah dan bersyukur atas nikmat kehidupan yang diberikan oleh Allah s.w.t.....

Sek Keb Sentosa

ready to gooooooooooo

Sehari sebelum hari persekolah sebenar telah diadakan Majlis Orentasi dan pembelian buku-buku sekolah.
Aqies 1st day at school...yeah

Hari pertama disekolah macam selalu Aqies memang tak de masalah dia dengan senang hati masuk berbaris dan ke kelas tanpa mama dan yayahnye...jadinye kami tengok aje dari tepi. Masa ke kindergarten di Grundbiel, Swiss pun cam tu gak selamba derk aje dia masuk kelas tanpa ada rasa takut atau segan.

sesi pembahagian kelas....tinggi gak anak mama nie hehe

Dari dulu lagi sejak di Nursery, kinder hingga ke ari ni Aqies memang pantang kalo dengar nak dihantar ke sana sebab kat situ Aqies cakap ramai kawan2 sebab nanti Aqies bole ada ramai kawan2....

dikelas Bestari...

masa tuk balik..........

Mama dan yayah doakan yang terbaik tuk anak2 mama...lagipun Along pun satu sekolah ngan Aqies, jadi nye senang lah sikit..walaupun terpaksa berulang alik sejauh <>14km yayah tak kisah asalkan anak2 mendapat pendidikan yang terbaik....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink