Tuesday, April 15, 2014

Persiapan Bersalin... Beg Bersalin

Assalammualaikum..
Sekadar berkongsi pengalaman, walaupun bersalin 10 tahun lepas, debaran dan kelam kabut persiapan masih lagi sama je rasanye, maklum laa bertaun daa kan...tapi perancangan Allah adalah yang terbaik buat hambanya..Alhamdulliah berkat sabar dan doa kami termakbul...
tara... alhamdulliah beg dah ready, tinggal letak dalam kereta je..
So sebelum kedatangan orang baru, beg bersalin korang dah kena siapkan bila masuk ke minggu ke 28, pastikan beg sentiasa berada didalam kereta takut2 ada terbersalin awal lak kan tak ke naya.. kalo dah siap2kan senang terus start kereta gie hospital, sebabnya time2 kalut camni ler korang takkan dan nak teringat checklist apa yang perlu dibawa so sediakan payung sebelum hujan bak kata orang2 tua..

Senarai Keperluan Si ibu :
  1. Buku laporan kesihatan ibu (yang kaler pink tu)
  2. 3 keping maternity pad (biar extra kot2 bocor ke kan)
  3. 4 keping night pad (if lepas 2 jam bersalin nak tukar ke pad yg berpelekat)
  4. 1 pasang baju tuk dipakai selepas bersalin if tak selesa pakai baju hospital
  5. 1 helai kain batik or trek suit 
  6. 1 pasang baju tuk pulang ke rumah
  7. Tuala mandi
  8. Sandal tuk digunakan diwad
  9. Air Zam zam / air selusuh
  10. Benkung moden
  11. 2 pasang stoking 
  12. 2 helai nursing bra
  13. 2 helai disposable panties
  14. 1 helai sweater
  15. 1 pek wet tissue
  16. 1 set toiletries (shower foam, shampoo, facial kits, berus & ubat gigi, losen dan bedak muka)
  17. Breast pump bag, korang dah leh start mengepam selepas bersalin, time2 ni susu yang keluar adalah yang terbaik tuk baby uols.. dikenali sebagai Colostrum
  18. Snek dan air kotak just incase korang lapar sebelum tiba waktu makanan dihidangkan..(kurma, energy bar, roti & biskut)
  19. Handphone & charge...penting jugak ni kan senang nak buat room service makanan dalam hospital tak sedap ke kan hahaha.. 
Senarai keperluan baby :
  1. 2 pasang baju
  2. 2 pasang booties & mitten
  3. Minyak baby
  4. Tuala baby
  5. 6 keping diapers
  6. 2 helai barut
  7. Baby bath
  8. 1 helai baby blanket
  9. 2 helai napkin tuk bedung baby
  10. Topi baby 
Insyallah kalau baby sihat dan tidak terkena kuning sehari je duk hospital dan checklist diatas mencukupi, so siap2kan dalam beg simpan bebaik dalam kereta..bila tiba masanya, tak perlu risau dah pecut aje terus ke hospital..kalo tak muat dalam 1 beg korang asing2kan cam barang yang dipakai buang letak dalam 1 recycle beg.. 1 beg lagi barang yang perlu dibawa pulang.
Qies dari dulu guna yang nie..1 pek tak abih pakai pun...
Untuk makluman ibu2 nak2 yang baru pertama kali menjadi ibu, sila beli maternity pad yang memang khas tuk bersalin yaaa, lepas dah sehari or 4 jam bole je tukar ke pad biasa, sebabnya maternity pads ni kerana dia bertali, masa lepas bersalin tak berseluar dalam ye ibu2, so kalo bwk yang berpelekat biasa pakai time peot tu memang tak terpakai laa uols hehe.. 
ni laa rupanya maternity pad, bertali 
Beli yang pek kecik aje udah ada dalam 10 pads. Sebabnya masa lepas bersalin nanti nurse akan ikat pad tu guna tali dan tali tu nanti dia akan ikat keliling pinggang ibu2, dan bagi ibu2 yang kena berjait dibawah tu bila pakai maternity pads tak laa rasa sakit/ngilu.. tapi lepas dah 2-3 jam lepas tu if nak tukar pada night pads dan berseluar dalam bole je tak de masalah.  Lagipun mungkin ada ibu2 yang berjahit kat bawah tu so bila guna yang ni dia tak laa rasa sakit/ngilu sebab maternity pad ni tebal dan lembut.. 

6 comments:

Madam Sooyaree said...

Wah wah.. lama tak singgah, rupanya nak tambah dah. Congrats Qies!

Fariehan Ibrahim said...

persiapan dh siap tuh!
semoga akak bersalin dgn selamat, aminnn :)

Naqies said...

Madam Sooyaree alhamdulliah rezeki... Thanks...

Fariehan Ibrahim insyallah moga dipermudahkan...

Unknown said...

sis yg tali utk ikat kt pinggang tu sekali dgn pad tu ke

Unknown said...

sis yg tali utk ikat kt pinggang tu sekali dgn pad tu ke

Unknown said...

Mana nak cari kotex yg bertali tu ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink