Saturday, April 20, 2013

Bayam Merah Tumis Rampai

Assalammualaikum...
Entry yang ringkas tuk mengelakkan dari blog tak bergerak hehe... cam biasa entry masakan laa yang paling cepat dah mudah..

Menu sayur adalah menu wajib setiap hari tak kira laa lauk dah banyak pun menu sayur tetap kena ada dan anak2 lak cuma reti makan sayur yang warna hijau je.. biasanye sayur Qies buat masak tumis air or tumis kering je bergantung atas jenis sayur laa.. antara feberet anak2 adalah bayam, tak kira laa bayam merah or bayam hijau dan biasanye bayam ni Qies buat tumis air je..moh layan resepi ringkas tak sampai 2 minit pun..
Bayam merah tumis rampai
Bahan2 tumbuk
sejemput ikan bilis
1 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih

Bahan2 lain
1 cekak bayam merah/hijau
1 cawan air (ikut berapa byk kuah yang diinginkan)
hirisan cili merah
1 helai daun kunyit (dipotong2)
3 pucuk daun selasih

Cara2nya.
1.  Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak sehingga naik bau, kemudian masukkan air.
2.  Apabila kuah sudah mengelegak masukkan batang bayam dan kacau apabila batang bayam separuh masak baru dimasukkan daun bayam/daun kunyit & pucuk selasih kacau dan perasakan garam.

Sayur bayam merah ni sangat baik bagi ibu2 mengandung yang selalu mengalami masalah tekanan darah rendah, selain itu juga ia kaya dengan zat besi yang baik tuk anak2. Ia juga mengandungi Vitamin A, B1, B2, C dan naisin serta mineral kalsium, manga dan fosfor serta terdapat banyak serat didalam daun serta batangnya..

Selain itu juga ianya dapat meningkatkan fungsi ginjal dan melancarkan pencernaan, bayam merah sangat digalakkan untuk dimakan terutamanya bagi penghidap kencing manis, darah tinggi kerana mengandungi serat yang tinggi.

3 comments:

Unknown said...

sedap nih lauk sayur nih.lame xmkn sbb lame xbalik kg.mak slalu masak mcm ni :)

Ahmad Kamil said...

wooot woot...sayur feveret..XD

Parody Trailer Iron Man 3

http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/trailer-iron-man-3-tanpa-cgi.html

Naqies said...

sayur bayam memang feberet kami sekeluarga, kuahnye sedap kalo dihirup saja, Thanks for coming Harith Iskandar & Ahmad Kamil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink