Tuesday, March 20, 2012

Holistic Spa Shower Gel....

IKLAN TIDAK BERBAYAR YE.....

Assalammualaikum
Holistic Spa by Follow Me

Sekali lagi nak ingatkan yang ni bukan iklan yang berbayor ye... Tapi nak kongsi info pasal Holistic Spa by Follow Me.  


Sebenarnya shower ni bukannya pilihan hati tapi sebabkan terdesak shower foam kat bilik masa balik kampung aritu dah abis, pastu Qies lak terlupa nak bawak balik, so kirim aje kat asben beli, biasa laa orang lelaki akan rembat aje mana yang ada depan matakan...so ni laa hasilnya, alasan cik asben beli holistic spa ni sebab dia kata 1 sebab tengah offer beli 1 liter dapat percuma 1 botol kecik, dan alasan yang kedua memang bole diterima laa coz dia kata sebab sejak bekerja ni Qies selalu nampak lesu dan penat sangat, jadinya apa salahnya try yang ni kot2 bole melegakan dan menenangkan badan yang dah stress kan...

Benda dah ada depan mata so apa lagi hantam saja laaa, takkan nak mandi kerbau lok (mandi tak bersabun) mana lalu weh... so tak de laa high expectation sangat masa amik shower gel ni, but then masa dah apply kat body... Ya ampun sedapnya laa bau dia, pastu bila dah sapu satu badan rasa sangat2 relief, Qies siap letak kat tapak tangan then amik deep breath sambil hidu bau shower gel tu, wah sangat menenangkan, sampaikan terleka duk layan baunya dan yang paling best dia ada cooling effect lagi2 syiok, automatik badan dan minda jadi segar....

Jadinya bagi yang hendak berjimat dan yang kurang berkemampuan or yang tidak berkesempatan tuk ber spa  bole aje menggunakan Holistic Spa ni.  Asben beli kat Watson dengan harga RM19.9,  Holistic ni ada 4 jenis iaitu Relieve, Revive, Relax dan Rejuvenate, Cik abe pilih Revive memang sangat menepati citarasa Qies laa. 

Sekarang ni tiap2 hari pun bole berspa2 sejak ada Holistic Spa Gel ni.  Tuk maklumat lebih lanjut pasal Holistic Spa Shower Gel korang leh rujuk sini. Selamat mencuba...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink