Bercuti dikampung adalah holiday paling best...balik dari HCM terus ke Perak, maklumler anak2 tinggal ngan tok di perak. Cam biasa rutin balik ke Perak memasak, merayap dan melepak... Balik kali ni bawak balik ikan terubuk masin yang beli dari Missuzed dari forum cari, terubuk masin ni sedap buat masak lemak cili api....so menu tuk lunch ikan terubuk masak lemak cili api dan pucuk labu goreng belacan ( pucuk labu ni beli di cameron highlands...sempat lagi ku merayap ke CH kan...nanti citer CH di next entry k....)
Ikan Terubuk Masin Masak Lemak Cili Api
Bahan Tumbuk
1 inci ~ kunyit hidup
Belacan di bakar
2 ulas ~ bawang putih
2 ulas ~ bawang merah
20 tangkai ~ cili padi
2 cm ~ halia
Bahan A
1 ekor ~ ikan terubuk (direndam seketika & dipotong2)
2 cawan ~ santan
1 btg ~ serai (diketuk)
1 keping ~ asam keping
1 helai ~ daun kunyit ( dipotong halus)
4 btg ~ bendi
2 biji ~ tomato (dibelah 4)
Cara-caranya
Panaskan periuk, masukkan santan bersama bahan tumbuk. Kuah hendaklah sentiasa berkacau untuk mengelakkan dari berketul2. Apabila kuah hampir mendidih masukkan bahan A kecuali buah tomato yang akan dimasukkan akhir sekali bagi mengelakkan buah tomato lembik dan pecah.Masukkan garam secukup rasa.
Bahan Tumbuk
1 inci ~ kunyit hidup
Belacan di bakar
2 ulas ~ bawang putih
2 ulas ~ bawang merah
20 tangkai ~ cili padi
2 cm ~ halia
Bahan A
1 ekor ~ ikan terubuk (direndam seketika & dipotong2)
2 cawan ~ santan
1 btg ~ serai (diketuk)
1 keping ~ asam keping
1 helai ~ daun kunyit ( dipotong halus)
4 btg ~ bendi
2 biji ~ tomato (dibelah 4)
Cara-caranya
Panaskan periuk, masukkan santan bersama bahan tumbuk. Kuah hendaklah sentiasa berkacau untuk mengelakkan dari berketul2. Apabila kuah hampir mendidih masukkan bahan A kecuali buah tomato yang akan dimasukkan akhir sekali bagi mengelakkan buah tomato lembik dan pecah.Masukkan garam secukup rasa.
Pucuk Labu Goreng Belacan
Bahan Tumis
Ikan bilis
2 ulas ~ bawang putih
2 ulas ~ bawang merah
4 tangkai ~ cili merah
sedikit belacan
sedikit minyak untuk menumis
Bahan A
Pucuk labu
1/2 cawan air
Cara-caranya
Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan air beserta batang pucuk labu masak seketika kemudian masukkan daun pucuk labu gaul rata. Perasakan garam secukup rasa.
2 comments:
sedaaaap nye Qies Pucuk Labu tu ...nanti masa gathering bawa la ...hehehe
alahai akak mana ler nak cari pucuk labu di kontan ni....selalu kalo g cameron ler baru merasa beli pucuk labu ni...payah dapt..
Post a Comment