Wednesday, December 11, 2013

Sambal Buah Kemang

Assalammualaikum...
Sambal Buah Kemang

Amacam terliur tak?.. cili merah dah abih yang ada tinggal cili hijau aje ... hijau pun hijau laaa janji jadi sambal rasanye tetap sama tak lari.. pedas manis masam... sodap giler...resepi mudah giler.. tutup mata pun bole buah...


Bahan2nya
2 - 3 keping hirisan buah kemang
3 tangkai cli hidup
5 tangkai cili api ( tak mo pun tak pe)

Cara2nya
1. Tumbuk cili hidup dan cili api separuh lumat kemudian campurkan bersama2 buah kemang dan ditumbuk bersama cili kemudian gaulkan hingga buah dan cili bercampur sebati dan sedia untuk dihidangkan..

Selamat mencuba yaaaa... memang tak rugi laaa, confirmed mak mentua lalu tak pasan laaa kekeke..

Tuesday, December 10, 2013

Mee Goreng

Assalammualaikum...
Sejak musim hujan ni, memang ari2 kena memasak dirumah laa, kalo nak kuar memang tak sanggup laa nak meredah ke kedai makan hujan2 ni... mujur laa barang dapur dah restok awal2.. masak simple2 jah... mana yang mudah disediakan...
Mee Goreng Sempoi
Bahan2 kisar
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 sudu besar udang kering geragau (udang kering)

Bahan2 lain
2 bungks mee kuning (dibasuh dan ditoskan)
10 ekor udang bersize sederhana
3 tangkai sawi
2 keping fish cake
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap
sedikit air
1 biji telur
garam

Cara2nya
1.  Tumiskan bahan kisar hingga naik mintak, kemudian masukkan udang gaul sebati hingga udang masak.
2. Masukkan batang sawi + fish cake + sos cili + kicap + sedikit air digaul serata, kemudian masukkan mee dan kacau sebati, pecahkan telur dah balik2 mee merata. Perasakan garam secukupnye dan sedia untuk dihidangkan.

Sekian dari dapur Naqies, selamat mencuba

Sunday, December 8, 2013

Simple Make Up

Assalammualaikum...
Ari ni nak kongsi ngan uols semua kat satu FB ni... macam2 info kecantikan, solekan, pemakaian dan macam2 lagi... yang paling best disediakan sekali tutorial makeup.. so sapa yang minat ngan kecantikan dan solekan moh laa jenguk2 FB MAKE UP 

Ni diantara tutorial makeup yang uols bole cuba, simple je.. 2 minit siap dah.. tak perlu duk lelama kat depan cermin tu...
tutorial credit to I LOVE CUTE MAKE UP
Untuk tutorial solekan dan tips2 solekan bole laa uols melawat ke web I Love Cute Make Up... selamat mencuba...

Saturday, December 7, 2013

Rezeki Disember...

Assalammualaikum...
Alhamdulliah rezeki bulan Disember...dapat voucher Culinary Class dari Majalah Flavours... 
tak sabar nie...
Seronok sangat dapat voucher ni, giler tak seronok bukan senang nak dapat belajar ngan professional chef lak tu... lebih2 lagi kat Starhill Culinary Studio... Kelas berlangsung pada hari ni dan akan di ajar menyediakan rosted turkey sempena perayaan Chrismas ..Insyallah nanti Qies update citer pasal kelas ni yaaa...

Friday, December 6, 2013

Bantuan Banjir Selamat Disempurnakan...

Assalammualaikum...
Alhamdullilah dan ucapan yang teramat sangat kepada rakan2 FB Qies dan juga orang2 perseorangan yang telah menghulurkan bantuan wang ringgi... Qies sangat2 terharu dikelilingi oleh rakan2 yang pemurah dan berhati mulia... 

Walaupun pada mulanya status dipostkan di wall FB hanya sekadar untuk meringankan beban mangsa2 banjir dan tidak mengharap akan mengumpul dana yang besar, tapi siapa sangka usaha yang baik ini Allah mudahkan dan Alhamdulliah dana yang terkumpul menghampiri angka yang sangat2 memeranjatkan Qies.. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas atas jasa baik yang telah rakan2 dan juga orang2 perseorangan yang membantu...
1st batch yang telah sempat dibeli petang tadi
Petang tadi pembelian barangan telah pun selamat disempurnakan dengan bantuan rakan2 dari kolej husband, thanks to all of you yang sanggup membantu tanpa mengeluh..Hasil dana yang terkumpul setakat tengahari tadi telahpun diambil oleh sukarelawan dan dibawa ke Pusat Pengumpulan di bangunan UMNO (maybank lama) Kuantan bagi pengagihan seterusnya ke pusat2 penempatan yang memerlukan...
rakan2 yang turut membantu menyusun barangan keperluan
pick up dari sukarelawan yang dihantar oleh pusat pengumpulan
kerja2 memuat naik barangan keperluan
selamat untuk dibawa ke pusat pengumpulan
Alhamdulliah syukur kerana 1st batch barangan keperluan telah pun selamat dihantar ke pusat, insyallah penghantaran 2nd batch akan disambung semula pada hari Ahad ini bagi menghabiskan dana yang masih berbaki ditangan.. diharapkan urusan sumbangan ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin...

Bagi orang2 perseorangan yang mahu membantu anda bole terus menghantar sumbangan barangan ke pusat pengumpulan di bangunan UMNO (Maybank lama).  Sumbanglah sekadar kemampuan walaupun Rm1, nilai tidak penting yang penting keikhlasan dihati..  

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul...

Update Banjir

Assalammualaikum...
Alhamdulliah hari ni tiada hujan yang turun hanya sekadar renyai di sebelah petang dan malam... nampaknya air semakin surut walaupun masih ada lagi sesetengah kawasan yang masih ditakungi air dan yang masih terputus jalan... 

Tengahari tadi Qies sempat menjenguk Terminal Sentral Kuantan sebab nak tengok sekali kereta member yang terperangkap ditempat letak kereta Terminal.. aduhai sedihnya laa tengok kereta2 yang terlibat..
Terminal Sentral Kuantan
tempat letak kereta Terminal
Setakat tinjauan petang tadi jam 4.30 petang sekitar Bukit Rangin, Sungai Isap (luaran sbb tak leh nak masuk lebih dalam) dan Pandan Alhamdulliah air beransur surut... 
paras air Sungai Lembing sehingga jam 4.30 petang tadi..
kereta penduduk sekitar bukit rangin yang diletakkan
disepanjang by pass Kuantan untuk mengelakkan dari air banjir
sekitar Sungai Isap
Sungai Isap
Sungai Isap
Doakan supaya cuaca semakin cerah dan tidak hujan... Bagi mangsa2 banjir dan rakan2 yang terlibat (harta benda/rumah) banyakkan bersabar dengan ujian ini... moga tabah menghadapinya... 

Thursday, December 5, 2013

Buah Kemang

Assalammualaikum...
Buah Kemang
Last week Pa & Ma datang dari kampung.. Alhamdulliah setiap kali datang macam2 benda dibawaknye antaranya Buah Kemang.. Ya ampun memang tengah teringin sangat2 nak makan buah ni... dapat gak.. Alhamdulliah..

Buah ni payah nak jumpa laa ni, kalo ada pun harganye Rm8 sekilo, rasanya masam2 manis... sedap dibuat sambal kemang ataupun dijerukkan tapi ada gak yang dibuat makan cuma tabur garam atasnye... pergh kecur air liur... puas makan buah ni.. mak siap buatkan jeruk lagi kekeke...

Info lanjut mengenai Buah Kemang kat SINI.

Tuesday, December 3, 2013

Red Alert!!! Banjir....

Assalammualaikum...
Hujan itu rahmat... hanya DIA yang mengetahui rahsianya... Hujan disini dari hari Sabtu lagi tidak berhenti2, sana sini dah naik air, moga tiada kemalangan jiwa akibat banjir...

Diharapkan warga Kuantan mengambil langkah berjaga2, bagi yang telah mendapat arahan berpindah, packing barang2 penting simpan ditempat yang selamat dan terus ke pusat perpindahan... nampaknya banjir taun ni agak teruk, sedangkan beberapa kawasan yang sebelum ini tidak dinaiki air terlah pun dinaikki air... jalan2 banyak yang terputus..kawasan rumah Qies tak jauh dari Kolej Shah Putra pun dah selamat dinaiki air.. tapi Alhamdulliah rumah Qies selamat lagi...
Kolej Shah Putra sehingga petang tadi
gambar kredit ke FB KUANTAN
Kolej Shah Putra sehingga petang tadi
gambar kredit ke FB KUANTAN
Tempat letak kereta di Terminal Sentral Kuantan
gambar kredit ke FB KUANTAN
Harap warga kuantan sentiasa ALERT ngan info2 terkini berkenan makluman banjir oleh pihak berkuasa... uols bole rujuk FB KUANTAN atau FB Life @ Kuantan.. Semoga warga Kuantan selamat dari musibah banjir..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink