Thursday, June 20, 2013

Chocolate Banana Muffin With Almond Streusel Topping

Assalammualaikum..
Seperti yang dijanjikan resepi menu Kelas memasak anjuran MUIP, entry SINI.... sila laa cuba yaaa...
Chocolate Banana Muffin With Almond Streusel Topping
Bahan-Bahannya
2 biji telur
100g Gula perang
100g Butter (melted)
350g Tepung serbaguna
100g Susu tepung
8g Baking soda
10g Baking powder
2g serbuk kayu manis
600g Pisang (dilenyek)
150g Chocolate chips

Bahan tuk Almond Streusel Topping
125g Butter (chilled + sedikit garam)
30g Susu tepung
15g Gula perang
50g Hirisan badam
80g Tepung serbaguna

Cara2nya
1.  Panaskan oven sehinga 180C 
2.    Pukul gula + telur hingga ringan dan kembang, masukkan butter dan kacau sebati.
3.  Kemudian masukkan tepung + baking soda + baking powder (telah diayak bersama) 
4.  Masukkan pisang dan choc chips dan gaul sebati (adunan akan kelihatan pekat dan chuky)
5.  Scoop ke dalam bekas muffin sehingga 3/4 isian.
6.  Tuk streusel campurkan kesemua bahan dan gaulkan hingga sebati sehingga aduanan menjadi bergentel2 cam moist bread crumbs kemudian letakkan diatas adunan muffin tadi.
7.  Bakar pada suhu 180C untun 25-28 minit

Selamat mencuba

1 comment:

cik panadol said...

nampak sedap...adeh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink