Monday, January 7, 2013

Air...Tarak...laaaa

Assalammualaikum...
Semua sedia maklum akan Amaran Taufan Sonamu yang akan melanda negeri2 pantai timur, diharapkan kengkawan semua dapaat mendoakan keselamatan bagi kami penduduk2 belah pantai timur...

Bukan amaran taufan je yang kami dapat..kawasan perumahan Qies dah seluruh Kuantan juga mendapat amaran ketiadaan air, area Qies 3 hari bermula Rabu hingga Jumaat ni (9/01 - 11/01/2013), ada yang kena 2 hari aje dan ada juga yang sehingga seminggu. Malah kedai2 barangan plastik sejak jumaat lepas tak menang tangan akibat permintaan tong2 air yang naik mendadak...
sumber dari fb myKuantan
Qies pun baru ahad lepas dapat mencari tong air itupun mujur ada selepas berpusing2 dalam bandar mencari tong air...semua kedai sold out daa.. dapat laa 3 tong air, harap2 bertahanlah tuk 3 hari tu.. walau bagaimana pun katanye bekalan air akan disambung semula pada setiap hari selama 5 jam sehari (waktu puncak iaitu pagi)  bagi memastikan penduduk mendapat bekalan yang secukupnye sementara kerja2 pembaikan paip dijalankan..

So penduduk kuantan mana yang baru tau tu cepat2 laa gi cari tong air (itupun kalo ada lagi laa stok kat kedai) kalo bujang ok laa tak susah sgt...bagi yang berkeluarga ni payah laa sikit, air tu sgt2 penting.. jangan sampai ada yg bau masam g sekolah/opis sudah laa hehehe...

2 comments:

Aina Mansor said...

Aminnnn :) Apa pun kena jugak ambik langkah berjaga-jaga. Kan?

Naqies said...

ye betul tu Aina, bencana alam ni tak menentu bila dia nak mendatang... walaupun sehari 2 ni cuaca panas..tak semestinye dah ok takut tetiba aje dia strike je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink