Assalammualaikum semua, entry seringkas dan secepat yang bole, almaklum masih lagi penat Jalan2 Cari Pasal di Hong Kong & Macau...nanti bila Qies senang2 laa baru buat entry pasal JJCP HK yaaa...sebelum tu meh layan entry nie dulu...zasssssssss
Pegaga *gambar kitar semual* |
Korang tergolong dalam golongan yang mana satu..Pelupa? selalu terlupa? atau jenis yang suka buat2 lupa? Cett apa punya soklan laa kan...Apa kena mengena alkisah PELUPA ngan gambo pegaga kitar semula ni pulakkan. Qies nak berkongsi info yang Qies dapat dari sebuah majalah dan ingin berkongsi ngan anda semua.
Pegaga memang salah satu ulam faberet Qies sama ada dimakan fresh atau dibuat masak air + ikan bilis tumuk wah sangat2 sedap menghirupnye panas2 pekena lak ngan sambal belacan dan nasi panas, burrp..bole tersandar kekenyangan tau hehehe....lagipun sayuran dan ulaman hijau ni banyak mengandungi anti oksidan.
Menurut artikel didalam Majalah (SEDAP * bil. 36)
"Mengikut kajian di Jerman sudah sejak tahun 1960 lagi pegaga ditelah digunakan sebagai ubatan tradisonal yang banyak diamalkan oleh penduduk di situ untuk meningkatkan daya ingatan mereka. Ini kerana menurut hasil kajian yang dijalankan pengambilan pegaga didalam pemakanan seharian dapat membantu melancarkan peredaran darah ter masuk peredaran darah yang menuju ke otak yang akan meningkatkan fungsi otak. Ujian juga telah dijalankan oleh New York Institute for Medical Research dan terbukti pegaga bole memperbaiki fungsi otak, disamping itu pengambilan makanan tambahan seperti zink dan omega 3 turut membantu menguatkan daya ingatan dan fungsi otak."
Antara lain khasiat pegaga juga ialah :
1. Jus pegaga menjadi amalan kaum cina sebagai penyejuk badan.
2. dimakan mentah sebagai awet muda dan juga mengatasi masalah kegemukan.
3. Bagi masyarakat India pula, pegaga digunakan sebagai penawar racun, anti kanser, ubat cirit-birit serta dijadikan sebagai tonik bagi merawat penyakit kulit dan saraf.
4. Penawar kepada penyakit darah tinggi yang mana dapat menurukan tekanan darah dengan pengambilan yang konsisten.
5. Merawat penyakit kencing kotor/ kencing tidak lawas serta penawar alahan
6. Mempercepatkan penyembuhan luka.
7. Memudarkan bintik2 hitam dimuka serta mengurangkan kedutan dimuka dan juga sebagai anti selulit.
Haa apa tunggu lagi segera laa cari pegaga, masukkannya kedalam diet korang semua, elok kalo diamalkan hari2, lagipun bukan mahal mana pun secekak pegaga, kalo nak jimat lagi tanam aje lakan lagi senang hehehe...
Renung2kan dan selamat beramal...ahaks....
No comments:
Post a Comment