Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

Assalammualaikum...
Ramandan semakin dipenghujung, insyallah jika dipanjangkan umur akan bertemu kembali di tahun hadapan. Bersempena Hari Raya yang bakal menjelma ini, Qies dengan ini menyusun 10 jari meminta ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau laku, sesungguhnya Qies hanya insan biasa yang tidak lepas dari membuat kesilapan secara sedar atau tidak sedar.
credit to google images
Bagi yang dalam perjalanan balik ke kampung, berhati-hati memandu, moga selamat sampai ke destinasi.  Insyallah taun ni akan beraya di Johor dan akan bertolak balik esok.. ada last delivery kue raya nak dibuat petang ni then nak kemas2 rumah dulu sebelum balik bercuti...

Friday, August 2, 2013

Peringatan Bersama (Balasan Tuhan Itu Pasti)

Assalammualaikum..
Hampir ke penghujung Ramadan, Alhamdulliah Along dan Aqies masih lagi bertahan rekod tanpa 'cuti' walaupun last week travelling Kuantan - Perak - Kedah - Perak - Kuantan, dari hujung timur ke hujung utara...

Hari ni Qies nak kongsi satu kisah untuk peringatan kita bersama, terjumpa entry ni masa blogwalking (credit to Mama Zharfan Blog)

"Suamiku, ketika pekerja tadi datang untuk mengisi air ke dalam tempayan, tiba-tiba dia pun memegang tanganku" 

Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang bertaqwa, menjaga solatnya, berpuasa dan menjaga ibadahnya kepada Allah Taala.  Isterinya juga seorang yang bertaqwa.  Suatu hari. apabila dia pulang ke rumah, dia melihat air muka isterinya berubah dan menjadi kemerah-merahan.  Dia sangat terkejut dengan keadaan tersebut.

Lalu si suami bertanya kepada isterinya perkara yang telah berlaku, tetapi isterinya enggan menceritakannya.  Apabila dia berterusan meminta isterinya menceritakan apa yang berlaku, isterinya bertanya:

"Adakah kamu mengenali pengisi air itu?"
- Pengisi air yang dimaksudkan adalah orang yang mengisikan air ke dalam tempayan untuk diminum oleh tuan rumah.

Suaminya menjawab : "Ya"

Isterinya meneruskan kata-katanya : "Berapa lamakah dia telah berkhidmat dengan kita?"

Suaminya menjawab : "Lebih dari 30 tahun"

Isterinya bertanya lagi : " Adakah kamu mengetahui kejahatan atau keburukan pada dirinya?"

Jawab suaminya : " Tidak"

Isterinya pun berkata : " Hari ini dia telah melakukan satu perbuatan yang buruk"

Lelaki itu bertanya : "Apakah yang telah dia lakukan?"

Isterinya pun menjawab : "Ketika dia datang untuk mengisi air ke dalam tempayan di dalam rumah kita seperti kebiasaanya, aku pun membuka tempayan tersebut.  Apabila aku menutup kembali tudung tempayan tersebut, tiba-tiba dia pun memegang tanganku dan menggengam pergelangan tangan ku kuat sedikit"

Apabila suami itu mendengar cerita tersebut, dia menangis sepuashati, kemudian suaminya bangun solat taubat sebanyak 2 rakaat meminta pengampunan dengan Tuhannya.

Si isteri bertanya : "Mengapa dengan kamu? Mengapa kamu tidak pergi kepadanya dan menghukumnya?"

Si suami menjawab : "Tidak. apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri"

Perhatikan maksud kata-kata ini :
"Apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri"

Isterinya bertanya : "Bagaimana begitu"

Jawab lelaki tersebut : "Telah datang kepadaku seorang wanita hari ini, dia meminta aku membaiki gelang tangannya yang diperbuat daripada emas.  Ketika dia masukkan gelang tersebut ke tangannya untuk ditunjukkan kepadaku untuk menunjukkan saiznya, aku tidak menundukkan pandanganku.  Aku melihat tanganya melebihi had yang sepatutnya.  Nafsu menguasai diriku dan aku meletakkan tangan ku pada gelangnya dan menggengam sedikit tangannya seperti lelaki tersebut menggengam tanganmu"

Ketika tidur, datanglah seorang dalam mimpi si suami lalu dia berkata : "Gengaman dibalas gengaman.  Sekiranya kamu melakukan lebih daripada itu kepada perempuan tersebut, lelaki itu juga akan melakukan lebih dari itu kepada isterimu"

Moral of the story...
* Tundukkan pandangan dari melihat perkara yang diharamkan oleh Allah Ta'ala.
* Allah Ta'ala akan membalas segala perkara buruk yang kita lakukan.
* Sebagaimana kita tidak suka orang yang kita sayang disakiti, kita juga perlu menjaga diri dari menyakiti orang lain.
* Bersegeralah memohan keampunan dari Allah Ta'ala apabila melakukan dosa dengan sebenar-benar-benar taubat dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.
* Berusahalah menjadi hambaNya yang mentaati suruhanNya dan meninggalkan maksiat kepadaNya.
* Basahkan lidah dengan istighfar.  Dalam masa yang sama, hiasilah diri dengan amalan ketaatan dan meninggalkan maksiat sebagai tanda benarnya istighfar yang diucapkan.
* Banyakkan muhasabah setiap amalan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.

Firman Allah yang bermaksud :  "Dan bersegeralah memohon keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, dijanjikan kepada orang yang bertaqwa (iaitu) orang yang membelanjakan (hartanya) diwaktu senang dan susah, orang yang menahan perasaan marahnya dan mengampuni kesalahan manusia.  Dan Allah Ta'ala itu suka kepada orang yang berbuat kebaikan.  Dan orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji atau menzalimi dirinya, lalu mereka mengingati Allah, mereka terus memohon keampunan dari Allah atas dosa yang mereka lakukan dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahuinya.  Mereka itu balasannya adalah keampunan dari TuhanNya serta syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai.  Mereka kekal di dalamnya, sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal" - Ali 'Imran : 133-136

Kisah ini diceritakan oleh Al Habib Ali Al Jifri (keturunan Rasullah SAW)

Wednesday, July 24, 2013

Wordless Wednesday

Assalammualaikum...
Rasanya ramai yang dah sibuk membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Syawal nanti, berbelanjalah dengan bijak yaaa masa bershopping tu nanti.


Tidak ketinggalan juga ada yang sibuk bersengkang mata membuat biskut raya..tapi berhati2 yaaa jangan sampai tersalah beli bahan..naya yang tukang makan nanti....

Thursday, July 18, 2013

Nukilan Si Isteri.....

Assalammualaikum...
Salam Ramadan... rata2 hari ni wall penuh dengan nukilan Dayana wife Ashraf Muslim..tak silap baru je aritu tertengok dalam Melodi si empunya diri menafikan.. tapi sudahnya itulah kenyataan...

Bila bab poligami ramai yang kata mengikut sunnah nabi, padahal banyak lagi sunnah nabi yang lebih penting dari poligami, well biasa laa lelaki dia rasa dia mampu takat mampu batin aje haaa sebenarnya nan hado, nak makan keluarga pun ada yang tak lepas, itu pun mujur laa kalo isteri berkerjaya kurang laa sikit beban menangung keperluan rumah dan bil2 yang seangkatan dengannya.. bagi yang hanya suami sahaja yang bekerja takat cukup makan, setiap hujung bulan ternanti2kan gaji, dah tentu pelbagai alasan diberikan dan juga perbelanjaan disekat, ye laa dah pasang 2 ingatkan mampu rupanya MAMPUS yang lebih...unless si suami tu gajinya Rm10k sebulan atau lebih haa itu lain citer laa if nak tambah cawangan tapi kalo tak adil bukan pahala dari sunnah nabi yang dapat tapi bala dan dosa...

Si suami yang hanya mampu menyorokkan hal poligami dari pengetahuan isteri pertama ni sebenarnya DAYUS sebab kalo betul kenapa sampai nak bernikah kat seberang.. mengikut sunnah berani tapi cara tak menghalalkan hukum.. dimana aturan dan perkara yang sepatutnye dibuat sebelum kearah sunnah nabi yang SATU ini... 

Copy paste dari FB.... credit to FB Ana Hawana


*********************************************
"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah, Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand"

Sungguh! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorg sampai mati dan sungguh.. andai jodoh dia tetap ada bersama org lain, aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan!!

Percaya pada jodoh! Percaya pada ketentuan! Menangis air mata darah pon kala takdir dah begitu .. kita ada 2 pilihan, terima atau menarik diri!!!

Tak sah bicara tentang payng emas kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat kerana
Aku bukan Allah..mudah menyebut kun fa ya kun..

Tak usah bicara tentang setia kerana
Aku pasti kau tau aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab kerana
Aku tau kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia kerana 
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnye dia kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itulah jawapan mudah untuk melepaskan kekhilafan yang disengajakan

*********************************************
Qies highlightkan baris2 yang terakhir kerana ada kebenaranya disitu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink