Thursday, July 18, 2013

Nukilan Si Isteri.....

Assalammualaikum...
Salam Ramadan... rata2 hari ni wall penuh dengan nukilan Dayana wife Ashraf Muslim..tak silap baru je aritu tertengok dalam Melodi si empunya diri menafikan.. tapi sudahnya itulah kenyataan...

Bila bab poligami ramai yang kata mengikut sunnah nabi, padahal banyak lagi sunnah nabi yang lebih penting dari poligami, well biasa laa lelaki dia rasa dia mampu takat mampu batin aje haaa sebenarnya nan hado, nak makan keluarga pun ada yang tak lepas, itu pun mujur laa kalo isteri berkerjaya kurang laa sikit beban menangung keperluan rumah dan bil2 yang seangkatan dengannya.. bagi yang hanya suami sahaja yang bekerja takat cukup makan, setiap hujung bulan ternanti2kan gaji, dah tentu pelbagai alasan diberikan dan juga perbelanjaan disekat, ye laa dah pasang 2 ingatkan mampu rupanya MAMPUS yang lebih...unless si suami tu gajinya Rm10k sebulan atau lebih haa itu lain citer laa if nak tambah cawangan tapi kalo tak adil bukan pahala dari sunnah nabi yang dapat tapi bala dan dosa...

Si suami yang hanya mampu menyorokkan hal poligami dari pengetahuan isteri pertama ni sebenarnya DAYUS sebab kalo betul kenapa sampai nak bernikah kat seberang.. mengikut sunnah berani tapi cara tak menghalalkan hukum.. dimana aturan dan perkara yang sepatutnye dibuat sebelum kearah sunnah nabi yang SATU ini... 

Copy paste dari FB.... credit to FB Ana Hawana


*********************************************
"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah, Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand"

Sungguh! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorg sampai mati dan sungguh.. andai jodoh dia tetap ada bersama org lain, aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan!!

Percaya pada jodoh! Percaya pada ketentuan! Menangis air mata darah pon kala takdir dah begitu .. kita ada 2 pilihan, terima atau menarik diri!!!

Tak sah bicara tentang payng emas kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat kerana
Aku bukan Allah..mudah menyebut kun fa ya kun..

Tak usah bicara tentang setia kerana
Aku pasti kau tau aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab kerana
Aku tau kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia kerana 
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnye dia kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itulah jawapan mudah untuk melepaskan kekhilafan yang disengajakan

*********************************************
Qies highlightkan baris2 yang terakhir kerana ada kebenaranya disitu....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink