Sunday, December 8, 2013

Simple Make Up

Assalammualaikum...
Ari ni nak kongsi ngan uols semua kat satu FB ni... macam2 info kecantikan, solekan, pemakaian dan macam2 lagi... yang paling best disediakan sekali tutorial makeup.. so sapa yang minat ngan kecantikan dan solekan moh laa jenguk2 FB MAKE UP 

Ni diantara tutorial makeup yang uols bole cuba, simple je.. 2 minit siap dah.. tak perlu duk lelama kat depan cermin tu...
tutorial credit to I LOVE CUTE MAKE UP
Untuk tutorial solekan dan tips2 solekan bole laa uols melawat ke web I Love Cute Make Up... selamat mencuba...

Saturday, December 7, 2013

Rezeki Disember...

Assalammualaikum...
Alhamdulliah rezeki bulan Disember...dapat voucher Culinary Class dari Majalah Flavours... 
tak sabar nie...
Seronok sangat dapat voucher ni, giler tak seronok bukan senang nak dapat belajar ngan professional chef lak tu... lebih2 lagi kat Starhill Culinary Studio... Kelas berlangsung pada hari ni dan akan di ajar menyediakan rosted turkey sempena perayaan Chrismas ..Insyallah nanti Qies update citer pasal kelas ni yaaa...

Friday, December 6, 2013

Bantuan Banjir Selamat Disempurnakan...

Assalammualaikum...
Alhamdullilah dan ucapan yang teramat sangat kepada rakan2 FB Qies dan juga orang2 perseorangan yang telah menghulurkan bantuan wang ringgi... Qies sangat2 terharu dikelilingi oleh rakan2 yang pemurah dan berhati mulia... 

Walaupun pada mulanya status dipostkan di wall FB hanya sekadar untuk meringankan beban mangsa2 banjir dan tidak mengharap akan mengumpul dana yang besar, tapi siapa sangka usaha yang baik ini Allah mudahkan dan Alhamdulliah dana yang terkumpul menghampiri angka yang sangat2 memeranjatkan Qies.. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas atas jasa baik yang telah rakan2 dan juga orang2 perseorangan yang membantu...
1st batch yang telah sempat dibeli petang tadi
Petang tadi pembelian barangan telah pun selamat disempurnakan dengan bantuan rakan2 dari kolej husband, thanks to all of you yang sanggup membantu tanpa mengeluh..Hasil dana yang terkumpul setakat tengahari tadi telahpun diambil oleh sukarelawan dan dibawa ke Pusat Pengumpulan di bangunan UMNO (maybank lama) Kuantan bagi pengagihan seterusnya ke pusat2 penempatan yang memerlukan...
rakan2 yang turut membantu menyusun barangan keperluan
pick up dari sukarelawan yang dihantar oleh pusat pengumpulan
kerja2 memuat naik barangan keperluan
selamat untuk dibawa ke pusat pengumpulan
Alhamdulliah syukur kerana 1st batch barangan keperluan telah pun selamat dihantar ke pusat, insyallah penghantaran 2nd batch akan disambung semula pada hari Ahad ini bagi menghabiskan dana yang masih berbaki ditangan.. diharapkan urusan sumbangan ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin...

Bagi orang2 perseorangan yang mahu membantu anda bole terus menghantar sumbangan barangan ke pusat pengumpulan di bangunan UMNO (Maybank lama).  Sumbanglah sekadar kemampuan walaupun Rm1, nilai tidak penting yang penting keikhlasan dihati..  

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul...

Update Banjir

Assalammualaikum...
Alhamdulliah hari ni tiada hujan yang turun hanya sekadar renyai di sebelah petang dan malam... nampaknya air semakin surut walaupun masih ada lagi sesetengah kawasan yang masih ditakungi air dan yang masih terputus jalan... 

Tengahari tadi Qies sempat menjenguk Terminal Sentral Kuantan sebab nak tengok sekali kereta member yang terperangkap ditempat letak kereta Terminal.. aduhai sedihnya laa tengok kereta2 yang terlibat..
Terminal Sentral Kuantan
tempat letak kereta Terminal
Setakat tinjauan petang tadi jam 4.30 petang sekitar Bukit Rangin, Sungai Isap (luaran sbb tak leh nak masuk lebih dalam) dan Pandan Alhamdulliah air beransur surut... 
paras air Sungai Lembing sehingga jam 4.30 petang tadi..
kereta penduduk sekitar bukit rangin yang diletakkan
disepanjang by pass Kuantan untuk mengelakkan dari air banjir
sekitar Sungai Isap
Sungai Isap
Sungai Isap
Doakan supaya cuaca semakin cerah dan tidak hujan... Bagi mangsa2 banjir dan rakan2 yang terlibat (harta benda/rumah) banyakkan bersabar dengan ujian ini... moga tabah menghadapinya... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink