Saturday, February 18, 2012

Asam Pedas Ikan Selar Kuning

Assalammualaikum

Kalo nak diikutkan banyak gak citer yang nak dientrykan, tapi masa amat2lah cemburu buta ngan cheq ni sejak 2 menjak ni huhu.. tuk menggelakkan blog ni jadi sarang spiderman, Qies buat entry resepi walaupun tak de yang berminat pun jadinya kalo nampak entry resepi, itu bermakna tuan tanah kedaung tengah kebisian yang teramat ye, tapi kalo tak de entry langsung tu memang dah tahap2 kritikal punya pemalas laa hehehe....

2 minggu berturut2 anak dara mintak Asam Pedas, anak2 kalo dapat lauk ni ari2 pun tak pe, giler fanatik ngan asam pedas, maklum ler tekak org Johor mana leh tak pekena asam pedas dalam seminggu ye dak...jom layan 
Asam Pedas Selar Kuning
Bahan Kisar
6-7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
belacan
1' lengkuas
sedikit kunyit hidup

Bahan tumbuk
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan2 lain
Ikan selar kuning (apa2 jenis ikan pun bole, kekadang Qies pakai ikan patin, sedap ooo)
sedikit air asam jawa
1/2 sudu kecil halba
Bunga kantan
Daun Kesum
1 btg serai diketuk
5 batang bendi/terung panjang/terung bulat 
2 biji tomato

Caranya2
1. Tumis bahan tumbuk + halba hingga naik bau, kemudian masukkan lada kisar, tumis sehingga naik minyak.
2. Masukkan serai dan air asam jawa kacau sebati, apabila kuah hampir mendidih, masukkan bendi/terung dan kacau seketika.
3. Kemudian masukkan ikan, kemudian masukkan tomato.

Hasilnya anak2 makan sampai berpinggan tu...nak lagi senang korang blend banyak then simpan dalam tupperware masukkan dalam peti ais, bila2 rasa nak masak, amik je paste tumis, tak pun paste tu leh terus je buat asam rebus, jerang air dalam periuk then masukkan 2 sudu besar cili blend tadi then masukkan ikan, bendi, tomato & terung, cepat dan mudah...

3 comments:

ADEEYA said...

Sedapnyaa dah lama tak makan huhu

n0vemBer zuLu said...

ouwwww masha allah.. indahnya masakan.. nak cuba lusa la.. for lunch :)

thnx!

Naqies said...

Adeeya, masak laa baru puas makan.

November selamat mencuba...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink