|
Huiii sedapnye laaaa.... |
Entry kali ni Qies nak citer pasal adab2 makan, sebenarnya penyakit yang kita hadapi semuanya berpunca daripada perut dan juga pengambilan makanan yang tidak teratur ..tu pasal laa ada perkataan MAKAN BERADAP selalunya kita dapat tengok acara ni dilakukan sewaktu majlis perkhawinan, masa tu wah kemain lagikan bersopan santun si mempelai membalas suapan antara satu sama lain sambil tersipu malu tapi lepas dah setaun 2 semua ke laut hehehe...tapi bagi yang masih mengekalkan acara makan beradap ni alhamdulliah, aman rumah tangga...bahagia u....
Disini ingin Qies kongsi bersama anda semua panduan serta adab2 dan cara makan yang baik dari sudut pandangan ahli2 perubatan Islam.
1. Makan hanya apabila terasa lapar, supaya kita dapat menggelakkan dari makan berlebihan kerana mahu memenuhi nafsu kelaparan yang akhirnya akan mengakibatkan fenomena Terlebih muatan!!!
2. Basuh tangan dan kuku menggunakan sabun sehingga bersih supaya makanan yang disentuh oleh kita tidak akan tercemar dengan bakteria dan kuman yang terdapat pada tangan/kuku.
3. Sebagai seorang yang beragama islam, mulakan lah dengan membaca "Bismillah.."
4. Adalah lebih baik makan mengunakan tangan daripada menggunakan sudu dan garpu. Ianya dapat membantu proses penghadaman lebih baik kerana enzim yang terdapat ditangan kita sewaktu tangan menyentuh makanan yang hendak kita makan yang dinamakan 'bio-current', itulah sebabnya makanan cepat basi apa bila disentuh dengan tangan.
5. Makanlah dengan tenang, kosongkan fikiran dan relakskan badan.
6. Seelok2nya ruangan makan dicat dengan warna merah jambu yang boleh mendatangkan rasa tenang dan girang kerana ianya dapat membantu proses pencernaan yang lebih baik
7. Berhenti sebelum kenyang, kekenyang yang melampau akan memudaratkan jantung serta menganggu proses penghadaman.
8. Berehatlah seketika selepas makan dan jangan tergesa2 membuat sesuatu pekerjaan yang berat.
9. Hindari dari memakan makanan yang lama sebaliknya pilihlah makanan yang baru dimasak/segar.
10. Surirumah/ibu2 hendaklah berpakaian kemas dan bermanis muka ketika menghidangkan makan, agar suami/anak2/tetamu rasa dihargai dan berselera apabila menghadapi hidangan.
11. Pastkan ruangan hendaklah sentiasa berada didalam keadaan yang bersih dan kemas bagi menggelakkan dari menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria.
12. Berpeganglah pada prinsip MAKAN UNTUK HIDUP dan bukannya Hidup untuk makan...
Insyallah jika diamalkan, kita akan mendapat banyak manfaat dan kebaikan, beringatlah sebelum kita jatuh sakit akibat kelalaian kita sendiri.
Fikir2kan dan selamat beramal...........
***************Auto publish entry***************