Saturday, May 8, 2010

Bonjour De Paris_Part 4

Day 2 (Disneyland)

Hari yang sangat penat sebab ari ni penuh aktiviti mengejar kartun2, Si Aqies kalo bole semua nak amik autograph lelah weh..sambil2 tu diselang selikan ngan tengok Parade dan main games2 yang tak memerlukan Q yang panjang!! Berkejaran dalam hujan gerimis dari Disney Park Ke Walt Disney tapi memang best sebab anak2 enjoy Qies ngan asben pun tumpang sekaki.

Yuk Layan Gambar2 Disneyland sebab Day 3,4 & 5 sama ajer lebih kurang routinenye..tak yah ler citer ulang2 eik..

Tapi yang paling penting JANGAN LEPASKAN PELUANG TRY games2 yang Qies rekemenkan tersangat rugi kalo tak try hokey!!!

Disneyland Park
Pirates of the Caribbean Island

*Frointierland
Big Thunder Mountain & Phantom Manor

*Adventureland
Indiana Jones & The Temple of Peril &Pirates of the Caribbean

*Fantasyland
Peter Pan's Flight, It's a Small World, Les Voyages de Pinocchio &
Blanche Neige et les Sept Nains

*Discoveryland
Buzz Lightyear Laser Blast, Honey I shrunk the Audience, Space Mountain & Autopia

Walt Disney Studio

*Backlot
Armageddon ~ best oooo 5* dari Qies, Rock n Roll Caoster starring Aerosmith,
Moteurs Action! stunt show spectacular 10* hokey!!

*Production
Stich Live 5* & The Twilight zone Tower of Terror

*Toon Studio
Crush's Coster (3d finding Nemo) mmg syoik2 anak2 punya enjoy & Cars Quatre Roues Rallye

Disneyland Park Parade @ 5 ptg

Walt Disney's Studio Parade@ 2.30 ptg

Tips2 Di Disneyland

1. Paling penting sekali musti ada flyers Guide to Park, sebab apa penting sebab senang nak wat perancangan, nak2 kalo yang nak main MUST TRY games tu dan flyer Pick up a Programme show mmg penting!!!!

2. Walt Disney Studio Parade setiap hari pukul 2.30 ptg dan Disneyland Park Parade setiap hari Jam 5 ptg datang awal kira2 15 minit untuk amik tempat if no duk ler belakang2 org /celah2 org hehe

3. Bagi yang amik package under Disneyland bole gi seawal 2 jam awal dari operation hour iaitu Jam 10 pagi just tunjuk your daily tiket or hotel key, bole lenjan main games puas2 time tak ramai orang.

4. Fast Pass bole potong Q yg pjg ~ letaknye berhampiran ngan Q tuk games so jenguk2 signage FAST PASS, tapi tak semua games ada Fast Pass ok, sila refer ngan Guide to Park flyer.

5. Untuk yang bawak anak2 tu dah tentu tak nak melepaskan peluang tuk bergambar dan mintak autograph kartun2kan so planning awal tuk Q, cam tuk Disney Princess Q start seawal 30 minit sebelum waktunye(11.15pg & 3.15ptg). Qies spend masa sehari suntuk tuk kejar all this characters hokey..tp berbaloi sebab anak2 enjoy..

6. Kebanyakkan games kat sini semua family games so yang ada anak2 kecik tu syoik ler sebab ketinggian minimun 100cm kecuali ada sesetengah games tu yg mana ada baby tak leh nak naik ler..

Toad Hall Restaurant

7. Elakkan pergi lunch time lunch hour..bole hazab Q dikuanter, spend hampir 50 minit tuk order lunch walaupun fast food!!! so elakkan pergi lunch dari jam 11.30 pg - 2 ptg, lepas dari tu hokey Q kejap ajer tak sampai 5 minit.

8. Kat Disneyland Park bole g makan kat Toad Hall Restaurant(Fantasyland)halal tuk Fish n Chip sets of Euro 10 (1 pc fillet + fries) tambah euro2 bole dpt 2 fillets kenyang ooo sbb portion dia banyak.

Di Frontierland Fuente Del Oro Restaurante pun bole gak tapi tak semua yang bole diorder cuma chicken wing & nugget & nacho salad ajer yang halal lain2 tak halal, camne Qies tau chicken wing n nugget halal sebab ada sorang staff muslim situ yang bagitu cuma tu ajer yg bole makan lain tak.

9. So apa nak buat time org sibuk lunch, korang leh gi soping beli benda kecik2 semurah euro2 pun bole sebab kalo soping time nie akan dapat kupon tuk redeem free coffee/Tea bole redeem kat mana2 restaurant or food stall dia, bestkan..

10. Disarankan kalo nak bersoping kat sini elok soping pada hari last day atau bila nak kuar dari Park sebab tak perlu ler nak heret beg2 soping ke hulu ke hilir tapi bagi sapa yang soping awal pagi bole pergi mintak kat cashier tuk diaorg hantarkan beg2 tu ke Hotel tapi kena buat kul 3 ptg hokey.

11. Sapa yang suka collect pin bole wat Pin Trading ngan member cast, nak jimat beli pin yang tak laku biasa depa wat diskaun 40% then trade ngan member cast untung2 bole dapat pin yg gedebom memang berbaloi..

4 comments:

rara said...

best best! disneyland paris besar jugak ye. banyak games. rara pegi kat HK kecik je.

kukubah said...

Wish one day could bring Dini here too.

inabu said...

makkkk aiiii, jenuh ni, baca entry k.qies pun nabu rasa semput dah, tp akan ku gagahkan jua julai nti...

Naqies said...

rara mmg besar Disney paris 5 ari pun cam tak puas nak cover..

Yani insyallah sampai nanti

Nabu baca sampai muntah hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink