Tuesday, November 29, 2016

Enam Bulan Sudah....

Assalammualaikum.....
Alhamdulliah masih lagi mampu untuk menulis diblog nie setelah 6 bulan bersarang, sorry guys sangat2 bisi dan x punya waktu tuk duk lama di depan pc...

Apa yang Qies buat dalam 6 bulan nie, kalo nak listkan sampai lusa pun x abih lagi, cut it short sibuk mengikuti kursus2 personal care homeade, kerja2 menyulam dan menjahit, mini catering antaranya dan travelling....Last trip to Palembang before that Perth...

Terkini sibuk dengan homemade skincare, Alhamdulliah sejak NAURA SKIN BEAUTY diperkenalkan dalam masa x sampai 2 minggu 30 set dah terjual.  Jemput laa jenguk2 page https://www.facebook.com/elnauraskinbeauty/ .  
HOMEMADE SKINCARE''
Set Lengkap Naura Skin Beauty mengandungi:
Sabun Madu Kelulut (sls free) - 65g
Serum Roti Lebah Kelulut (bee bread) 25g
Krim Siang SPG 50 - 10g
Krim Malam - 10g

*Menyingkirkan toksin dan bahan kimia dari pengunaan produk terdahulu.
*Mengunakan 100% madu kelulut asli dan juga roti madu kelulut.

Mesra wuduk, hanya cuci dengan air biasa sahaja kerana tidak menganduni silikon yang menghalang air dari permukaan kulit muka
TIADA BAHAN KIMIA, TIADA PARABEN, TIADA SILIKON, TIADA MERKURI DAN TIADA PLUMBUM
Untuk maklumat lanjut bole wassap terus Qies di talian 018-9110032

Sunday, April 3, 2016

Brownies Kedut2 Menawan

Assalammualaikum...
Berkurun menunggu unifi, akhirnye dapat jugak, baru laa bole nak berblog semula, kalo duk mengharapkan line broadband yang cam biskut, kejap ada, kejap tak de memang sampai sudah laa tak berhapdet blog nie...

Sempena mengambil mood semula, kita tepek resepi Brownies Kedut2, baru siok nak berblog pasni kan...Layannnnn...

Brownies Kedut2 Menawan

Bahan2nya A 
(Dicairkan secara double boiler)
400gm coklat masakan/dark chocolate
150gm butter

Bahan2 B 
(dipukul manja2 bagi sebati)
150gm gula perang
20gm gula kastor
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila

Bahan2 C 
(diayak bersama)
100gm tepung naik sendiri/gandum
1/2 sudu kecil baking powder
30gm serbuk koko

Bahan tambahan 
(dibakar terlebih dahulu)
Badam potong
Badam hiris

Cara2nya:
1. Cairkan butter dan coklat secara double boiler, kemudian masukkan bahan2 B sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.

2. Masukkan pula bahan C dan gaul rata dan sebati. Tambahkan juga badam potong kedalam adunan.

3. Alaskan acuan 10' x 10 dengan baking paper dan disapukan butter dikeseluruhan bekas acuan.

4. Tuang adunan kedalam acuan dan hiaskan dengan badam hiris diatas adunan. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit (20 minit pertama dengan hanya api bawah, dan 10 minit terakhir dengan api atas bawah)

5. Apabila sudah masak biarkan sebentar didalam oven dengan keadaan pintu oven direnggangkan sedikit, biarkan selama 10-15 minit sebelum dikeluarkan dan dipotong.  Boleh juga dihiaskan dengan chocolate ganache dan juga sos karamel..

Sukatan gula kat atas dah Qies adjust dari original resepi yang bagi Qies ya ampun manisnye... Insyallah yang ni rasanye semanis tuan punya blog nie, manis2 buah je kaedahnye kekeke...

Selamat mencuba....jumpa lagi...muah...muah...muah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink