Friday, June 13, 2014

Jamu Bersalin Khazah Bonda Pilihan Qies...

Assalammualaikum...

Set berpantang Qies kali ni dari Khazanah Bonda, masa pregnancy Along dan Aqies, Qies makan Jamu Afiat je, tak mahal masa tu dalam Rm70 je kot.. set ni lengkap tuk 40 hari dan setakat yang Qies guna Alhamdulliah tak de complaint, herba yang digunakan tak laa panas sangat2 kat badan dan baby, kiranya tak menganggu perut baby...

Tapi pregnancy kali ni Qies amik dari Kak Lana a.k.a Khazanah Bonda, 1 sebab Qies pengguna setia Sauna Cream dari Kak Lana bertaun gak, Alhamdulliah memang berpuashati ngan resultnya, dulu kini dan selamanya akan stick ngan SC dari Kak Lana.. murah pun murah tapi yang penting efektif... puashati no more perut boncit and tayar spare dikiri kanan uols keke..
Set Jamu Berpantang Khazanah Bonda tuk 44 Hari
Set berpantang Khazanah Bonda ni lengkap tuk 44 hari, so uols tak perlu nak riso untuk top up apa2 lagi.. cuma ada Qies tak amik full set, ada pilihan nak amik full set atau partial..cam Qies cuma tak amik bengkung, tungku ibu & anak dan barut baby sebab yang tu Qies dah ada... pilihan ditangan uols nak amik full set atau partial no problem, tak susah nak contact Kak Lana, uols bole contact melalui FB Eira Lana, insyallah peramah orangnye...

Set berpantang ni kena order dulu, sebab Kak Lana hanya akan mengadun berdasarkan tempahan, kiranya jamu2 segar dari ladang laa, tak laa yang ready cam dipasaran yang dah entah berapa lama dah diadun tu.. tak de masalah pun bole je beli, tapi dah ada pilihan tuk dapat yg fresh apa salahnye kan.. Ni barangan yang ada dalam set berpantang yang Qies pilih (Qies tak amik full set) :-
  1. Majnun Bondaku - 6 botol (30 biji/botol)
  2. Tapel - 7 pek
  3. Pilis - 7 pek
  4. Param - 6 pek
  5. Jamu Ubat periuk (uncang) - 30 uncang
  6. Herba Steam Sauna (Mandian daun2 kayu)
  7. Minyak Ibu
  8. Minyak Bayi
  9. Sauna Cream Lana esteem - 150gm
Qies pilih set ni sebab jamu ni membantu dalam penghasilan susu ibu dan tidak menganggu perut baby yang menyusu badan, sebab ada sesetengah jamu tu terlalu panas hingga bole menyebabkan cirit-birit pada baby yang menyusu susu ibu.  Insyallah nanti dah makan Qies buat entry tuk setiap kegunaan yang ada dalam set nie yaa... tunggu...

Sampai berjumpa lagi..tata...

Thursday, June 12, 2014

Makanan Sewaktu Berpantang...

Assalammualaikum...
Sharing is caring kaedahnya... mari kita lihat makanan yang bole dan tak bole dimakan ketika berpantang, almaklum laa mak tengah dalam sesi berpantang lagi kan huhu... jeles tengok sedapnye laa anak2 teguk air berais dalam musim panas2 nie huhu bersabar je laaa..

Ikan yang bole dimakan
Ikan Haruan
Ikan Yu
Ikan Selar
Ikan gelama
Ikan Jenahak
Ikan Bilis
Ikan senangin
Ikan Bawal Putih
Ikan Kurau
Ikan Merah

Ikan yang tidak bole dimakan
Ikan Keli
Ikan Bawal Hitam
Ikan Terubuk
Ikan Parang
Ikan Duri
Ikan Sembilang
Ikan Kembung
Ikan Kering
Ikan Tamban
Ikan Cencaru
Ikan Tongkol

Elakkan memakan ikan2 yang berbisa ni yang mana bole menyebabkan turun darah dan bentan ketika dalam patang.. Manakala Ikan haruan pula sangat baik dalam penyembuhan luka dalaman dan luaran. Ikan yu pula bagus dalam memperbanyakkan susu badan..

Ayam & Daging
Ayam Selasih @ Hitam
Burung Puyuh
Ayam Kampung
Daging Batang Pinang

Sayur-Sayuran yang bole dimakan 
Sawi
Kacang Buncis
Lobak Putih
Lobak Merah
Peria
Kentang

Sayuran yang tidak bole dimakan
Kangkung
Kobis
Terung
Ubi (labu/ubi kayu)
Timun
Tomato
Bayam
Pucuk Paku
Pucuk Ubi
Kacang Panjang
Kacang Botol
Rebung

Buahan yang bole dimakan
Buah Oren
Anggur
Kurma
Epal Merah
Prune
Longan
Kurma merah (kurma cina)
Strawberi
Kismis

Buahan yang tidak bole dimakan
Limau
Tembikai (susu/merah/kuning)
Epal Hijau
Kiwi
Jambu
Pisang
Belimbing
Durian Belanda
Mangga
Betik
Ciku
Langsat
Pelbagai jenis mangga dan pelam

Banyakkan memakan pelbagai jenis ulaman seperti pucuk cabang 3 (tenggek burung), pengaga, pucuk bebuas, pucuk mengkudu, temu, kunyit, pucuk selasih, pucuk gajus dan lain2 lagi..

Wednesday, June 11, 2014

Sesi Berpantang Bukan Pantang Tengok Hokey Ahaks

Assalammualaikum...
Alhamdulliah dah masuk hari ke-15 berpantang, mama dan baby sihat setakat ni, baby Uqayla pun kuning sikit jah, so far menyusu badan without fail lagi, alhamdulliah rezeki baby susu mencukupi tuk keperluan Uqayla setakat hari ni...moga2 dapat menyusu penuh tuk 2 taun, Insyallah...

Berpantang kali ni di Kuantan je, dah anak ke-3 pun so dah ada knowledge & pengalaman, Cik Abe dapat cuti 7 hari jadinye tak de laa kelam kabut sangat.. ayah nak datang pun tak berapa sihat, alah setakat berpantang je kot... Daun2 mandian dah dihantar sesiap oleh mak bidan tuk bekalan selama 2 minggu (yang ni next entry yaaa)

Menu berpantang Qies, Chef Yayah yang masakkan, menu simple2 je, orang berpantang ni menu rebus2 dan bakar2 je idak laa rumit mana pun kan... terima kasih laa pada Cik Abe yang bersusah payah menyediakan keperluan ibu dan anak yang dalam pantang nie..antara menu yang disediakan oleh Chef Yayah, setiap hari menu yang berlainan baru laa tak jemu, yang pasti menunye lengkap ada buah oren (wajib ada) ada ulam/sayur dan menu utama ikan..



antara menu berpantang Qies
Insyallah nanti Qies kongsikan beberapa resepi menu berpantang kat sini yaa... tak berpantang pun bole gak kalo teringin no hal laa, menu berpantang ni standard laa menu kearah pemakanan sihat hahaha kot2 ada yang nak berdiet kan...oh yaaa lepas bersalin baru ni timbang dah hilang 6kg, so Cik Abe dah sound tak yah nak diet2, cukup laa berat 54kg dah tu...dah molek dah... tak mo kurus2 sangat... camno tu..coz tak penah seumur hidup kecuali time peknen je berat badan cecah 50kg keatas...kalo idak tu jarum penimbang asik kat no 43-45kg jah..tu pun mujur kalo cecah 45kg huhu...

3 minggu lagi Ramadan akan bertandang, harap2 dapat berpuasa penuh sekali lagi walaupun masih dalam tempoh berpantang 44 hari (berpantang makan), so far darah nifas Qies tak lama biasa dalam 12-20 hari gitu, setakat hari darah dah tak de, insyallah bole mandi, tak sabar nak  menyambut dan menunaikan puasa penuh ... masa bersalinkan along dan berpuasa 15 hari ngam2 hari berpantang ke-20.. time Aqies lak masa tu pregnantkan dia so Alhamdulliah rezeki puasa penuh lagi.. insyallah taun ni pun harap2 dapat berpuasa penuh..senang tak yah nak ganti2 dah kekeke...

Wednesday, June 4, 2014

Selamat Ulang Tahun Ke 10 Aqies!!!

Assalammualaikum...
Alhamdulliah satu lagi rahmat dariNYA, hari ni genap 10 tahun kelahiran Nur Qasrina, moga anak mama membesar menjadi insan yang dapat berbakti pada agama, keluarga dan negara... jadilah anak yang solehah didunia dan diakhirat... Insyallah Amin..
Happy Birthday Aqies
Memandangkan mama sedang berpantang, tak dapat laa nak buat sambutan jadinya nanti yayah beli kek tapau bawak balik rumah kita sambut dirumah saja laa yaa... insyallah nanti ada rezeki dan kudrat kita sambut meriah sikit yaaa... sayang ketat2 anak mama ni... besar dah dan bole diharap sikit2 tuk bantu mama buat kerja rumah dan jaga adik...

Tuesday, June 3, 2014

Assalammualaikum....

Assalamualaikum..
Alhamdulliah Qies selamat melahirkan baby gurl pada 28hb May 2014, baby seberat 3.3kg, tak sampai 1 jam sakit dengan sekali push, Alhamdulliah semuanya berakhir dengan sangat pantas walaupun ada insiden yang agak mengemparkan masa kelahirannya dan itu adalah jihad Qies sepatah kata ibu mentua, Qies terima dengan ketentuan yang telah tertulis sebagai pedoman hidup ini...
Assalammualaikum
nama saya...  sila panggil saya Uqayla yaaa...
Urusan pendaftaran telah pun dibuat tadi, sehari sebelum hari kelahiran kakak Aqies, so insyallah taun depan bole sambut birthday sama2 ngan kakaknya nanti selang seminggu je... Doa mama dan yayah semoga membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna dan solehah didunia dan diakhirat... Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink