Sunday, November 25, 2012

Ayam Masak Bawang

Assalammualaikum
Yaa sudah balik bercuti2 Hong Kong, puas dah jumpa Mr. & Mrs Mickey, now back to routine laa kerja dan kerja huhuhu..

Al-kisah semalam rumah diterjah oleh geng terjah bersempena karnival Jom Heboh di kontan, cam biasa Acik Mie akan singgah ke rumah, so disebabkan baru balik bercuti, stok dapur pun belum sempat nak beli jadinye masak menu paling ringkas je laa... So Qies masak ayam masak bawang disamping kerabu epal n sup tulang aje.. Jom layan resepi tangkap muat ni..
Ayam Masak Bawang
Bahan2nya
1 ekor ayam (dipotong 16 dan digoreng separuh masak)
3-5 sudu besar kicap lemak manis
3-5 sudu besar madu
sedikit air dan garam

Bahan2 kisar
8-9 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 batang serai
5 biji cili api (nak lagi pedas tambah laa lg yaa)

Cara2nya
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing, koyakkan daun limau purut.
2. Masukkan kicap + madu dan rasa bahan tumisan tu, jika terasa pedau bawang tambahkan lagi kicap + madu sehingga rasa tumisan tadi seimbang.
3. Masukkan air + ayam goreng tadi dan kacau sebati, kacau sehingga ayam masak.

Jika suka bole dimasukkan kacang peas dan celerary..

selamat mencuba...nom ...nom...nom..

Friday, November 16, 2012

Jalan-jalan Cari Pasal Cuti Sekolah

Assalammualaikum
salah satu tempat wajib pergi
Cuti sekolah dah bermula, tahun ni Alhamdulliah kami sekeluarga bercuti ke Hong Kong 6 hari bermula 14hb - 20hb November 2012. Kepada yang baru nak pergi bercuti tu, berhati-hati dan semoga selamat pergi dan pulang. Hingga jumpa lagi...tata...

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah

Assalammualaikum
ehsan google picture
Selamat menyambut tahun baru 1434, moga di tahun baru ini, Allah s.w.t memberikan keamanan dan keharmonian kepada negara kita Malaysia, dilindungi dari malapetaka, dilimpahi rezeki dan diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik. Bersatu teguh, bercerai kita roboh...

Agar tahun 1434 kita menjadi anak/ibu bapa/rakan dan umat yang lebih baik dari tahun sebelumnya, Insyallah

Tuesday, November 13, 2012

Selamat Hari Deepavali

gambah ihsan google
Happy Diwali @ Pesta Cahay buat semua penganut beragama Hindu....

p/s : sudah mood bercuti2, sempena cuti sekolah...

Saturday, November 10, 2012

Trimas EH

Assalammualaikum,
produk rambut dari Pureology
baucer tunai, yeay bole beli baju
Alhamdulliah rezeki memenagi hadiah dari Majalah Eh keluaran July 2012, 1st time menang dari Eh ni dan sangkut tuk 2 hadiah atas nama anak sedara & nama cik abe, sebelum ni dari majalah Glam je, duk tunggu gak kot2 ada rezeki dari majalah Cleo & Women's Weekly gak tapi lum ada rezeki lagi kot... 

Qies dapat produk rambut dari Pureology, Shampoo & conditioner yang ni guna nama anak sedara. Baucer tunai dari Hush Puppies bernilai Rm200 atas nama Cik Abe. Alhamdulliah kebetulan syampu & conditioner pun dah nak abih so jimat belanja dah, pastu voucher Hush Puppies tu nak buat beli baju tuk g holiday 14/11 ni..

Friday, November 9, 2012

Al-Fatihah

Assalammualaikum..
gambar scan pada 1 Nov 2012
3hb November 2012 
Jam 4.20 pagi @ 11 minggu 1 hari, Ya Allah besarnyalah dugaan mu kali ini, kepergian mu menemui yang HAK, Allah lebih menyayangimu, walau hanya seketika, mama bahagia.  Penantian selama 8 tahun lebih, berita kehadiran mu beberapa minggu yang lepas disambut gembira oleh kami semua, terutamanya Along dan Aqies, tak sabar menantikan kelahiran baby, Aqies dah memula membahasakan diri sebagai kakak. 

Mama redha dengan kepergianmu namun mama tak mampu menahan kesedihan setiapkali teringatkan mu. Hanya airmata mama pengubat rindu mama pada Haiqal (nama yang yayah pilih untuk baby boy, tapi dah ditakdirkan baby bukan milik kami). Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada baby boy atau baby gurl, perginye lengkap berkarung, naluri yayah mengatakan baby adalah Haiqal. 

Hari ni genap seminggu kepergian Haiqal, tenanglah anakku disana, Insyaallah kita sekeluarga akan dipertermukan juga nanti disana. Doakan mama dan keluarga kuat menempuh hari mendatang. Al-Fatihah buat Muhammad Haiqal Bin Mohd Fadzly.

p/s : betapa sedihnye kehilangan anak yang dikandung, tapi dimanakah sifat keperikemanusian dan tidak sedihkah ibu-ibu yang telah berlaku kejam keatas anak yang telah dilahirkan, dibuang, didera dan dibunuh sebaik sahaja dilahirkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink